Blogger Backgrounds

awak ensem , awak cantik , jum kite tekan banyak banyak :)

Monday, February 13, 2012

hari suami isteri



as salam reader :)

"hari suami isteri"


awww , bunyi nye mcm sweet sangat sangat kann ?
aku pun nak jgak hari mcm nie , tp sang suami belum ada ag , wuu~

#mood sedang sabar#

mencari suami nie semudah abc's jew

tp kan kan kan

na mencari suami mithali nie adalah sesusah nak taw sejumlah nasik yang korang mkn , ta pun jumlah kalori mknan yang korang ambik sepanjang hidup korang , ta punn korang nak taw jumlah infiniti tue bpe , ta pun
korang nak kira sume pasir pasir yang ada kat pantai , ta pun ko na kira jumlah rambut korang yang lebat tue ,

ta pun ta pun ta pun ta punnn .....

#terasa seperti na bom orang kann#





tp yang pasti setiap jodoh yang telah d tetapkan untuk anda anda anda sekalian , dan aku aku aku adalah yang terbaek untuk diri kita , itu sudah pasti !



mungkin ..

kadang kadang korang ta nampak pew d bes nye jodoh korang tue , tp percayalahh mungkin ada yang tersirat terselit dalam diri pasangan korang tue ,

bak kate lady : carik lah , gali lah pew yang baek n besnya pasangan korang tue nanti oke :)

#dah mcm lari laju laju dari tajuk entry kan nie , hahah#

- kes berjangkit ngan adek sweet kite nie : http://dilazlife2307.blogspot.com/

#kalow rajin korang bace lahh n nilai sendiri#

pandangan dari ustaz asri tentang hari suami isteri 14 februari


Asri: Hari Suami Isteri tak perlu

SHAH ALAM – Tiada guna menukar nama sambutan Hari Kekasih kepada Hari Suami Isteri, jika ia tidak memberi kesan yang baik kepada budaya umat Islam.


Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, penukaran nama itu tidak penting. Yang utama adalah pengisian sambutan tersebut.


“Kalau kita ubah nama itu boleh memberi perubahan baik kepada Islam, baguslah, tetapi jika tidak memberi apa-apa kesan, untuk apa diubah?,” katanya kepada Sinar Harian.


Menurutnya, Hari Suami Isteri boleh diraikan pada bila-bila masa dan nilai budaya Islam perlu dipertahankan.


Katanya, tarikh 14 Februari itu semakin menjadi ingatan ramai, apabila dimeriahkan oleh peniaga.


“Mereka ambil kesempatan menjual bunga dan cenderahati di merata tempat,” katanya.


Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia itu berkata, tarikh itu tidak memberi apa-apa makna jika hari itu disambut dengan perbuatan yang tidak bermoral.


Minggu lalu, Pas Kelantan mencadangkan Hari Kekasih yang disambut setiap 14 Februari, diganti kepada sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan.


Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, adalah lebih elok jika Hari Kekasih atau Valentine Day, yang dipuja dan diilhamkan pengikut agama Kristian, diganti dengan sambutan Hari Suami Isteri untuk melahirkan keluarga bahagia mengikut acuan Islam.


Sementara itu, penceramah bebas, yang juga Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional, Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, adalah lebih baik mengembangkan budaya sendiri daripada menyanjung budaya orang lain.


“Cadangan Hari Suami Isteri itu baik, cuma tarikh 14 Februari itu dirasakan tidak sesuai kerana pada tarikh tersebut sudah ada sambutan diraikan oleh penganut agama lain yang sememangnya haram diraikan umat Islam.


“Kenapa kita perlu obses dengan budaya orang lain, sedangkan kita boleh pilih hari lain, yang mana memberi lebih banyak makna kepada umat Islam?,” katanya.


kredit : Sinarharian.com.my

conclusion ladybird : kalow na wujudkan jgak hari suami isteri nie , pilih lah tarikh laen , mungkin akak lebih bermakna d samping mendapat keredhaan dari NYA :)


bye bye reader , sambut bunga nie :)

















7 comments:

WuMing said...

Tak perlu mencari pun suami nii... Asalakan kita jaga penampilan diri.. Pasti akan tiba juga...

AnakPakZohar said...

hari hari adalah hari kasih sayang... =)

D said...

ehe.

tak sabar lettewwww nak kawin.

lallaa

Anonymous said...

hari suami isteri ? wujud ke hari tu ? tak pernah dengar pun. hehe

Mizz ErMa said...

ha ah kan, maccam xseswai lah buat hari suami isteri nih taem 14 feb..seakan2 kita sokong pulak sambutan hari valentine tu..

Unknown said...

bila2 masa..

Liza Razak said...

hari suami isteri?? menarik..

Post a Comment